Tuesday, April 26, 2011

..Biarkan AIRMATA itu pergi..

[Tears are the normal result of different feelings. We need to show our sadness,pain and even happiness. So tears will do it in the best way.Too many tears or too few, each may signal the need for some adjustment, either letting go of or taking hold of ones emotional flow.. ]
-----------------------------------------------
..kenapa menangis??..
sedih??
marah??
sakit??
gembira??
seringkali kita menangis untuk sesuatu hal yang berbeza..
kita menangis kerana kehilangan..
kita menangis kerana kesakitan..
kita menangis kerana kemarahan yang melimpah..
dan kita menangis kerana kegembiraan...
---------------------------------------
Airmata itu suci bagi saya...bagi kamu pula bagaimana??..
orang yang tidak tahu menghargainya akan mempergunakan airmata untuk kesenangan diri sendiri..menagih simpati..menipu..!
----------------------------------------
saya menangis bila saya marah..
saya menangis bila saya sedih...
tapi bila saya sakit saya berusaha untuk tidak menangis..
dan saya ketawa dalam tangisan bila saat gembira itu tiba..
jika boleh saya tidak mahu airmata ini jatuh..
saya ingin jadi manusia batu! yang kuat dan teguh..
bolehkah begitu??..
Namun ketenangan yang berganda selepas menangis itu sangat2 mencairkan saya...
---------------------------------------
Cuba lah belajar menangis sekali sekala...
kerna airmata itu bisa menyejuk kan hati..membuang semua toksik2 yang ada dalam badan..
trust me!
jangan layan ego diri..kerana itu hanya merumitkan keadaan dan menganggu perasaan sendiri..
---------------------------------------
Orang kata Lelaki kalau menangis sangat tak sesuai...
lelaki yang menangis itu bukan lelaki sejati...
lelaki lembut...
Lelaki kan juga manusia..sama seperti perempuan..
yang dilahirkan bersama2 hampir semua perasaan yang diciptakan olehNya..
kekadang saya benci tengok lelaki yang berkata dia tidak mahu menangis untuk hal remeh - temeh...
hurmm..perkara remeh - temeh itu yang bagaimana ya wahai lelaki??..
Namun, tidak dinafikan bahawa Lelaki jenis ini adalah lelaki yang kuat..
berani melawan perasaan..tapi memendam perasaan itu sangat sakit!!
pernah ka kamu rasa macam itu??
------------------------------------------
Airmata itu memang sangat sinonim dengan wanita..tapi itu tidak menunjukkan dia lemah...!
Jangan Sesekali buat wanita menangis kerana kamu tidak tahu apa yang akan bakal dia buat bila airmata iru sudah berhenti...
kenapa??
kerana airmata itu la satu2nya cara dia mendapatkan kekuatan...
terutama sekali bila dia menangis kerana kesedihan & kemarahan..
----------------------------------------------
Saya suka menangis..kerana bila menangis saya dapat keluarkan semua yang membebankan fikiran...
Dulu masa kecil airmata saya keluar dengan banyak pada masa Mendiang Bapa saya meninggal..Datuk & Nenek juga 'pergi'..
Namun tahun lalu merupakan tahun dimana kilang airmata saya hilang hampir separuh..(itupun pada usia saya 25thn..)
saya sangat pasti!!..
Ermm..putus cinta itu betul2 'menjatuhkan' saya..
hampir setiap hari saya menangis..
sehingga pada satu hari saya cuba menangis tapi mata saya kering..
Ya..! saya sudah 'sembuh'..walaupun ada sedikit rasa 'sakit' tapi saya tahu saya sudah berjaya untuk melupakan nya..kerana saya tidak lagi menangis...
-------------------------------------------------
Sekarang..kalau boleh saya mahu Airmata ini 'pergi' untuk hal2 yang mengembirakan saya.. Hari yang saya sangat nanti2kan..
Semoga Hari itu tiba dan benar2 terjadi..
( Start missing Him..huhu.. )
---------------------------------------------------

p/s: So, wahai teman2...biarkan la Airmata itu pergi..jangan tahan..kerana ketenangan yang kamu dapat sangat2 indah...Tapi ingat jangan menangis untuk sesuatu yang tidak baik..jangan sia2 kan airmata untuk buat jahat..kerana Harga setitik AIRMATA itu sangat mahal...:)